Niat Ali berkecai
KJ, Khir selamat.
Tajuk Utama di muka depas Sinar - Rabu 18 mac 2009.
Sehari sebelum iaitu 17 mac, berita di tv (semua saluran) semuanya memuatkan berita panas (bagi orang umno) keputusan Lembaga Disiplin Parti umno. Dari siang hingga ke tengah malam berita yang sama memenuhi kaca tv.
Mohd Ali Rustam semasa ditemuramah pemberita (di Ipoh, KL dan Melaka) pada siang 17 mac hingga ke malam hari yang sama, selamba sahaja mukanya dan boleh senyum lagi walaupun beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana merasuah. Dalam Umno rasuah disebut politik wang!
Sinar khamis 19 mac di muka depan - Saya tidak salah: Mohd Ali,
Saya akan menjalankan tugas parti dan kerajaan seperti biasa. Keputusan ini tidak akan menjejaskan .................................................(bacalah sendiri dalam Sinar).
Dari cerah bumi hingga gelap malam berita Mohd Ali (jangan salah orang-bukan Muhammad Ali juara tinju dunia tauu..) diulang-ulang tayang di tv.
Ramai mulai perkata dan pertikaikan kes Ketua Menteri Melaka itu. Najib kata kena akur kepada keputusan. Jangan bantah jangan buat demonstrasi. Sejak PRU12 umno dah pandai dah buat demonstrasi sana sini. Dari siang sampai ke malam. Dah naik seronok lah tu. Mengapa tidak, polis tak kacau malah jaga pula lagi. FRU pun tak pancut air-tak tembak gas pemedih hati. Eh! silap. Gas pemedih mata.
Penyokong Ali Rustam marah akan keputusan itu. Mereka buat demonstrasi di PWTC. Apabila ditanya oleh wartawan hendak demo sampai bila kereka jawab sampai malam. Mereka hendak tunggu penyokong-penyokong yang akan datang beri sokongan.
Orang-orang umno (mungkin penyokong bekas MB NS) atau mungkin puak yang tidak berkenan dengan KM Melaka, pertikaikan mengapa dulu Isa Samad kena letak jawatan MB tapi Mohd Ali Rustam boleh pulak terus duduk di kerusinya.
Sebenarnya dalam UMNO semuanya boleh saja.
Yang betul tentulah boleh tapi yang salah pun boleh.
Yang halal tentulah boleh tapi yang HARAM pun boleh.
Yang menang cara sah boleh tapi cara MERAMPAS KUASA pun boleh.
Betullah UMNO ni hebat sungguh.
Mana tak hebatnya sehinggakan polis dan SPRM pun mengekot takut. Kecut perut hingga terkencing-kencing dibuatnya.
Mana tak hebatnya sehinggakan setelah diharamkan oleh mahkamah pun boleh dihalalkan balik.Mula-mula pakailah nama UMNO Baru. Kemudian buang baru tinggallah UMNO saja.
Mahathir buat undang-undang umno-orang bukan ahli UMNO tidak boleh membawa UMNO ke mahkamah. Maksudnya mahkamah tidak boleh mendengar kes UMNO yang dibawa oleh bukan ahli UMNO. Manakala mana mana ahli UMNO diLARANG membawa UMNO ke mahkamah. Dia akan digugurkan keahliannya. Bila dah digugurkan ertinya seseorang itu bukan lagi ahli UMNO. Jadi bila bukan ahli tak bolehlah hendak bawa UMNO ke mahkamah. Hebatnya umno.
Begitu juga dengan rasuah. Kepada orang lain dipanggil rasuah tapi kalau kena kat orang umno dipanggil politik wang. Apabila Lembaga Disiplin telah mendapati seseorang ahli umno bersalah kerana amalkan politik beruang-eh salah-politi wang (RASUAH) mereka kata kesalahan itu hanya dalam umno saja kunon. Di luar tak salah. Salah hanya dalam umno saja, di luar tak salah. Pasal tulah kita dengar orang no. 1 SPRM kata ahli umno yang amalkan politik wang TIDAK BUAT JENAYAH.
Ianya menjadi RASUAH dan JENAYAH kalau bukan ahli umno yang buat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment