Wednesday, March 25, 2009

Pemimpin UMNO masih kata UMNO perlu berubah

Hari ini khamis 26.03.2009 Abdullah Ahmad Badawi memberikan ucapan terakhir di PAU selaku Presiden UMNO.

Intisari ucapan masih berkisar kepada maudhu 'Umno perlu berubah'. Maudhu yang sama dan sudah terlalu diperkatakan. Cuma ada satu tambahan yang beliau buat, sesuatu yang tidak/belum diucapkan oleh lain-lain pemimpin hatta oleh Najib sendiri. Pak Lah kata, UMNO itu aku, jadi aku yang perlu berubah. Maksud beliau apabila ahli-ahli UMNO berubah barulah parti berubah. Pemimpin-pemimpin lain tidak/belum atau tidak akan berkata sedemikian kerana bagi mereka yang perlu berubah itu parti bukannya 'aku'. Matlamat dan selera ahli umno disemua peringkat masih sama- dulu kini dan selamanya (Kuasa, Rasuah, Kekayaan,Seks dan Projek)

Kembali kepada Pakl Lah yang masih meneruskan ucapannya di pentas buat kali terakhir selaku Presiden parti. Tidak ada yang begitu menarik atau sesuatu yang baru yang beliau sampaikan selain bercerita sedikit sejarah pribadi beliau sendiri dalam UMNO.

Pada hemat saya ada sesuatu yang dimaksudkan apabila dia (PakLah) mengucapkan terima kasih kepada allahyarham Tun Razak kerana mengambilnya berkerja 40 tahun yang lalu. Bagi saya mungkin Najib faham (sangat faham) apa yang PakLah maksudkan. Bukankah pepatah ada mengatakan 'ada ubi ada batas'.

Mahathir balas budi Tun Razak dengan memberi kedudukan baik kepada Najib. Harap-harap Najib balas pula dengan memberi kedudukan baik kepada Mukhriz. Sayangnya Mukhriz telah tewas kepada Khairy J. Tapi Najib masih boleh balas budi Mahathir dengan melantik Mukhriz ke dalam kabinetnya.

Najib pun dalam masa yang sama perlu juga membalas budi Pak Lah. Khairy pula dah menang Ketua Pemuda, wajar dan sangat layak pula dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet Najib. Nampaknya tidak akan ada penamatnya politik buat budi balas budi dalam umno.

Seronoknya hendak melihat apa akan terjadi kepada UMNO selepas ini. Calon samada yang kalah apalagi yang menang sudah banyak hamburkan wang membeli perwakilan. Maksud hadith Nabi-pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk ke neraka. Tapi perwakilan dan calon bukan heran dengan hadith. Alquran pun mereka tolak inikan pula hadith. Sudah pasti selepas ini mereka hendak dapatkan balik modal besar mereka tu. Caranya sudah kita sama-sama maklum.

Sudahnya, apakah benar UMNO hendak berubah atau terus REBAAAAH!.

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pasti menjadi penunjuknya. Sesuai dengan pengakuan-pengakuan pimpinan tertinggi UMNO (UMNO sekarang gawat dan tenat) dan dengan era perubahan sokongan rakyat, adalah diyakini UMNO/BN akan tewas di kedua-dua bukit dan seterusnya akan menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti. Insya'allah. Amin.

No comments:

Post a Comment