Saturday, March 14, 2009

Kemelut Politik Perak-nak salahkan siapa?

Kemelut politik Negeri Perak masih berterusan. Sementara menanti penghakimannya di Mahkamah, usaha-usaha politik dan juga perundangan (melalui mahkamah) banyak diikhtiarkan bagi mendapatkan jalan penyelesaiannya. Tatapi keadaan nampaknya semakin kusut bercelaru.

Pelbagai pihak samada yg berkelulusan undang-undang atau yang mengetahui sedikit-sedikit mengenainya melalui pembacaan jernal undang-undang atau yg mereka kutip di surat khabar atau apa-apa yg mereka dapat melalui apa jua media telah banyak memberikan komen terhadap kemelut yang berlaku di negeri yang paling banyak raja itu. Sudah tentulah komen-komen yang diberikan condong ke arah fahaman atau dokongan politik masing-masing. Hanya segelintir sahaja yang telah membuat komen yang benar-benar mengikut disiplin ilmu undang-undang kerana rasa tanggungjawab mereka terhadap ilmu itu sendiri.

Bagi yang memberikan hujjah -JANGANLAH DIPERTIKAIKAN keputusan DYM Sultan Perak sudah pastilah dianggap condong atau memang orang BN manakala yang hujjahnya yang agak berbeda dianggap/dituduh condong atau memang orang-orang Pakatan Rakyat!

DYM Sultan Perak sekarang (bagi yang lain-lain gelarannya ialah Raja seperti Raja Muda, Raja Dihilir, Raja Kecil Besar, Raju Kecil Bongsu dan sejarah telah menunjukkan bahawa jawatan Sultan bagi Negeri Perak dibuat mengikut giliran. Setiap Sultan bagi Negeri Perak akan melalui kedudukan dan giliran - bermula dari Raja Kecil Bongsu membawalah kepada Raja Muda sebelum ditabalkan sebagai Sultan Perak) adalah seorang yang berkelulusan undang-undang. Rakyat Malaysia maklum bahawa Sultan Perak pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara. Sudah pastilah baginda sangat berpengalaman dan mahir dalam bab undang-undang negara dan Common Law. Justeru, baginda tidak mungkin tersilap membuat keputusan mengenai kemelut politik DUN Perak, negeri baginda sendiri.

Atas kapasiti itulah maka ada pihak yang bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan-keputusan baginda Sultan kerana yakin dengan ilmu undang-undang dan pengalaman luas (di mahkamah) yang baginda miliki. Mereka menganggap derhaka bagi sesiapa yang mempertikaikannya. Mereka yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak dikatakan sewajarnya dinyahkan saja dari bumi Perak atau di ISA kan segera.


Begitulah juga sebenarnya di dalam bidang-bidang yang lain. Contohnya, apabila seorang doktor pakar menyarankan supaya kaki pengidap penyakit kencing manis kronik yang telah bengkak, luka, berkudis, bernanah, bonyoh dan melanus dipotong segera bagi mengelakkan jangkitan kuman/virus ke bahagian anggota badan pesakit yang lebih atas (mungkin ke paru-paru) maka saranan doktor pakar itu tidak dipertikaikan walaupun ketika itu pesakit telah tidak sedarkan diri dan doktor pakar kata peluang adalah 50-50 sahaja. Pembedahan pun dilakukan untuk membuang bahagian kaki yg telah tidak berguna lagi kepada tuannya sendiri.


Malangnya tidak demikian halnya yang berlaku kepada orang yang pakar dalam bidang keagamaan (Islam). Bukan sekadar pendapat pribadi (atas kapasiti jawatan seperti Mufti) atau Ijma' (Fatwa Mufti-Mufti) mereka tolak dan pertikaikan malahan Mufti dicerca dan diperlekehkan walaupun sebenarnya mereka mempunyai dalil dan nas yang Qat'i ( Alqur'an dan Alhadith serta Ijma' dan Qias).


Jadi, apa bedanya dalam kes kemelut politik di Perak?
Bukankah benar bahawa insan tidak sunyi dari kesilapan dan kesalahan kecuali Rasul (yg ma'sum). Bedanya silap ijtihad ulama' mereka tetap mendapat satu ganjaran pahala dari Allah.
Tidak tahulah pula apabila seseorang hakim tersilap menghukum apakah Allah memberikan juga satu ganjaran pahala kepadanya.


Dalam kaedah 'ilmu fiq, Qadhi tersilap membebaskan pesalah adalah lebih baik dari Qadhi menghukumkan seseorang yang tidak melakukan kesalahan (eg. kerana fitnah atau bukti palsu atau mungkin hakim terpaksa mengikut skrip - correct correct correct-correct!).

Hubaya hubaya umat Islam!

Jangan biarkan selamanya kita meletakkan diri kita di dalam keadaan tidak tahu (jahil). Belajarlah dan timbalah 'ilmu yang memberi manfaat kepada diri kita dan umat Islam. Jangan selamanya kita menjadi seorang pentaqlid buta dan pengikut yang membabi buta samada dalam hal siasah (politik dan pentadbiran) apatahlagi dalam hal-hal keagamaan. Sumber 'ilmu dan sumber maklumat terlalu luas pada masa kini. Jangan biarkan diri diperbodohkan orang-orang politik yang menggunakan kancah politik bagi mendapatkan kuasa untuk mengumpul kekayaan. Mereka menipu dan memperkudakan rakyat hari hari buat selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment