Wednesday, March 18, 2009

Najib berhasrat hendak bercakap benar kepada rakyat

Maksud hadith Nabi-bercakap benarlah walaupun pahit. Maksud sebuah hadith yang lain-ciri2 orang munafik itu ada 3-apabila bercakap dia berbohong, apabila diberikan amanah dia khianati dan apabila berjanji dia mungkiri.

Nabi Muhammad saw menyuruh kita bercakap benar walaupun ianya pahit manakala bercakap bohong itu adalah ciri-ciri orang minafik (kedua-duanya adalah maksud dari hadith Nabi).

Semasa memberikan ucapan di dalam suatu majlis yang berkaitan dengan intergriti (disiarkan melalui Berita TV semua saluran) Najib ada berkata bahawa rakyat mempunyai persepsi bahawa UMNO/kerajaan berbohong dan menipu rakyat. Akibatnya BN terpukul teruk dalam PRU12 lalu. Justeru beliau berhasrat akan bercakap benar/menjalankan suatu dasar bercakap benar kepada rakyat apabila beliau telah menjadi Perdana Menteri nanti (tidak lama lagi!). Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat (sudah pasti melalui PRU 13-tiga empat tahun dari sekarang).

Tambahnya lagi, beliau akan melakukan 'clean up' UMNO.

Sebelum ini seringkali Najib berkata bahawa kerajaan tidak ada apa yang hendak disorokkan daripada rakyat.. Lantas mengapa sekarang perlu lahirkan hasrat untuk bercakap benar kepada rakyat? (iaitu apabila setelah tampuk kuasa digenggam erat dalam tangan beliau nanti!).

Sebenarnya rakyat tahu malahan sangat tahu bahawa BN selamanya membohongi rakyat. BN sangka rakyat masih bodoh dan tidak tahu apa-apa terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Selepas PRU12 barulah buat-buat sedar bahawa rakyat rupa-rupanya sudah celik mata dan bukan pakturut setia mereka lagi. Malahan di dalam PRK (Permatang Pauh dan Kuala Trengganu) reka cerita memburuk-burukan Pakatan Rakyat dan umpan menyogokkan rakyat oleh UMNO/BN rupa-rupanya sudah tidak berkesan lagi. Lantas hendak ubah strategi lah pulak iya.

BN/UMNO nampaknya sudah sebati/menjadi darah daging dengan amalan menyogok/merasuah. Lihatlah kes-kes yang dikendalikan JK Disiplin UMNO. Terbaru, M Ali Rustam kantoi. Tengoklah muka dia. Sadin aje - boleh senyum lagi. Ada pulak calon Naib Presiden (dari negeri bawah bayu) yang lahirkan rasa simpati kapada Ali Rustam. Ha! itulah dia UMNO. Orang buat salah pun dia simpati tapi orang buat benda yang baik pulak yang dia kutuk.
Di mana salahnya orang/rakyat yang sayangkan Bahasa Melayu lalu berusaha/bergerak berjuang mempertahankan satu-satunya bahasa di dunia yang sama namanya dengan bangsa penutur itu sendiri. Hilang bahasa hilanglah bangsa Melayu! Pejuang-pejuang bahasa ini disembur dengan air ditembak dengan gas pemedih mata-mana dia simpati dari Shafei Afdal? Itulah dia norma/nilai yang diamalkan oleh UMNO/BN. Rakyat kata baik UMNO/BN kata buruk. Yang buruk UMNO/BN hebahkan kepada rakyat sebagai baik. Yang sah UMNO/BN kata batal yang bathil pulak UMNO/BN kata hak -macam di Perak tuu.

Kembali kepada hasrat hati Najib hendak bercakap benar kepada rakyat apabila sudah menjadi PM nanti, ertinya menanti sehingga ke hari itu- Najib selamanya bercakap bohong. Paklah dan kerajaannya bercakap bohong. Nazri Aziz bohong. Hamid Albar bohong. Zahid Hamidi bohong. Ali Rustam bohong. Semuanya bohong belaka.

Hubaya hubaya rakyat Malaysia (terutama pengundi di Bkt Gantang dan Bkt Selambau).

Najib, Abdullah Badawi, Nazri Aziz, etc, BN dan UMNO selama ini bercakap bohong kepada rakyat. Hasrat hati hendak bercakap benar apabila Najib sudah menjadi PM!

Boleh percayakah cakap-cakap yang begini?
Masihkah hendak memberi undi kepada BN lagi ?

Percaya dan yakinlah - membiarkan Najib memegang tampuk kuasa bererti rakyat menyerahkan diri kepada harimau lapar yang terluka. Lihatlah bagaimana Najib membaham rakyat dan khazanah negara.

No comments:

Post a Comment