Wednesday, March 25, 2009

Pemimpin UMNO masih kata UMNO perlu berubah

Hari ini khamis 26.03.2009 Abdullah Ahmad Badawi memberikan ucapan terakhir di PAU selaku Presiden UMNO.

Intisari ucapan masih berkisar kepada maudhu 'Umno perlu berubah'. Maudhu yang sama dan sudah terlalu diperkatakan. Cuma ada satu tambahan yang beliau buat, sesuatu yang tidak/belum diucapkan oleh lain-lain pemimpin hatta oleh Najib sendiri. Pak Lah kata, UMNO itu aku, jadi aku yang perlu berubah. Maksud beliau apabila ahli-ahli UMNO berubah barulah parti berubah. Pemimpin-pemimpin lain tidak/belum atau tidak akan berkata sedemikian kerana bagi mereka yang perlu berubah itu parti bukannya 'aku'. Matlamat dan selera ahli umno disemua peringkat masih sama- dulu kini dan selamanya (Kuasa, Rasuah, Kekayaan,Seks dan Projek)

Kembali kepada Pakl Lah yang masih meneruskan ucapannya di pentas buat kali terakhir selaku Presiden parti. Tidak ada yang begitu menarik atau sesuatu yang baru yang beliau sampaikan selain bercerita sedikit sejarah pribadi beliau sendiri dalam UMNO.

Pada hemat saya ada sesuatu yang dimaksudkan apabila dia (PakLah) mengucapkan terima kasih kepada allahyarham Tun Razak kerana mengambilnya berkerja 40 tahun yang lalu. Bagi saya mungkin Najib faham (sangat faham) apa yang PakLah maksudkan. Bukankah pepatah ada mengatakan 'ada ubi ada batas'.

Mahathir balas budi Tun Razak dengan memberi kedudukan baik kepada Najib. Harap-harap Najib balas pula dengan memberi kedudukan baik kepada Mukhriz. Sayangnya Mukhriz telah tewas kepada Khairy J. Tapi Najib masih boleh balas budi Mahathir dengan melantik Mukhriz ke dalam kabinetnya.

Najib pun dalam masa yang sama perlu juga membalas budi Pak Lah. Khairy pula dah menang Ketua Pemuda, wajar dan sangat layak pula dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet Najib. Nampaknya tidak akan ada penamatnya politik buat budi balas budi dalam umno.

Seronoknya hendak melihat apa akan terjadi kepada UMNO selepas ini. Calon samada yang kalah apalagi yang menang sudah banyak hamburkan wang membeli perwakilan. Maksud hadith Nabi-pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk ke neraka. Tapi perwakilan dan calon bukan heran dengan hadith. Alquran pun mereka tolak inikan pula hadith. Sudah pasti selepas ini mereka hendak dapatkan balik modal besar mereka tu. Caranya sudah kita sama-sama maklum.

Sudahnya, apakah benar UMNO hendak berubah atau terus REBAAAAH!.

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah pasti menjadi penunjuknya. Sesuai dengan pengakuan-pengakuan pimpinan tertinggi UMNO (UMNO sekarang gawat dan tenat) dan dengan era perubahan sokongan rakyat, adalah diyakini UMNO/BN akan tewas di kedua-dua bukit dan seterusnya akan menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti. Insya'allah. Amin.

Thursday, March 19, 2009

Salah di sini tapi Tidak Salah di sana

Niat Ali berkecai


KJ, Khir selamat.





Tajuk Utama di muka depas Sinar - Rabu 18 mac 2009.





Sehari sebelum iaitu 17 mac, berita di tv (semua saluran) semuanya memuatkan berita panas (bagi orang umno) keputusan Lembaga Disiplin Parti umno. Dari siang hingga ke tengah malam berita yang sama memenuhi kaca tv.





Mohd Ali Rustam semasa ditemuramah pemberita (di Ipoh, KL dan Melaka) pada siang 17 mac hingga ke malam hari yang sama, selamba sahaja mukanya dan boleh senyum lagi walaupun beliau telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana merasuah. Dalam Umno rasuah disebut politik wang!





Sinar khamis 19 mac di muka depan - Saya tidak salah: Mohd Ali,





Saya akan menjalankan tugas parti dan kerajaan seperti biasa. Keputusan ini tidak akan menjejaskan .................................................(bacalah sendiri dalam Sinar).





Dari cerah bumi hingga gelap malam berita Mohd Ali (jangan salah orang-bukan Muhammad Ali juara tinju dunia tauu..) diulang-ulang tayang di tv.





Ramai mulai perkata dan pertikaikan kes Ketua Menteri Melaka itu. Najib kata kena akur kepada keputusan. Jangan bantah jangan buat demonstrasi. Sejak PRU12 umno dah pandai dah buat demonstrasi sana sini. Dari siang sampai ke malam. Dah naik seronok lah tu. Mengapa tidak, polis tak kacau malah jaga pula lagi. FRU pun tak pancut air-tak tembak gas pemedih hati. Eh! silap. Gas pemedih mata.





Penyokong Ali Rustam marah akan keputusan itu. Mereka buat demonstrasi di PWTC. Apabila ditanya oleh wartawan hendak demo sampai bila kereka jawab sampai malam. Mereka hendak tunggu penyokong-penyokong yang akan datang beri sokongan.



Orang-orang umno (mungkin penyokong bekas MB NS) atau mungkin puak yang tidak berkenan dengan KM Melaka, pertikaikan mengapa dulu Isa Samad kena letak jawatan MB tapi Mohd Ali Rustam boleh pulak terus duduk di kerusinya.



Sebenarnya dalam UMNO semuanya boleh saja.



Yang betul tentulah boleh tapi yang salah pun boleh.



Yang halal tentulah boleh tapi yang HARAM pun boleh.



Yang menang cara sah boleh tapi cara MERAMPAS KUASA pun boleh.





Betullah UMNO ni hebat sungguh.



Mana tak hebatnya sehinggakan polis dan SPRM pun mengekot takut. Kecut perut hingga terkencing-kencing dibuatnya.



Mana tak hebatnya sehinggakan setelah diharamkan oleh mahkamah pun boleh dihalalkan balik.Mula-mula pakailah nama UMNO Baru. Kemudian buang baru tinggallah UMNO saja.



Mahathir buat undang-undang umno-orang bukan ahli UMNO tidak boleh membawa UMNO ke mahkamah. Maksudnya mahkamah tidak boleh mendengar kes UMNO yang dibawa oleh bukan ahli UMNO. Manakala mana mana ahli UMNO diLARANG membawa UMNO ke mahkamah. Dia akan digugurkan keahliannya. Bila dah digugurkan ertinya seseorang itu bukan lagi ahli UMNO. Jadi bila bukan ahli tak bolehlah hendak bawa UMNO ke mahkamah. Hebatnya umno.



Begitu juga dengan rasuah. Kepada orang lain dipanggil rasuah tapi kalau kena kat orang umno dipanggil politik wang. Apabila Lembaga Disiplin telah mendapati seseorang ahli umno bersalah kerana amalkan politik beruang-eh salah-politi wang (RASUAH) mereka kata kesalahan itu hanya dalam umno saja kunon. Di luar tak salah. Salah hanya dalam umno saja, di luar tak salah. Pasal tulah kita dengar orang no. 1 SPRM kata ahli umno yang amalkan politik wang TIDAK BUAT JENAYAH.

Ianya menjadi RASUAH dan JENAYAH kalau bukan ahli umno yang buat.

Wednesday, March 18, 2009

Najib berhasrat hendak bercakap benar kepada rakyat

Maksud hadith Nabi-bercakap benarlah walaupun pahit. Maksud sebuah hadith yang lain-ciri2 orang munafik itu ada 3-apabila bercakap dia berbohong, apabila diberikan amanah dia khianati dan apabila berjanji dia mungkiri.

Nabi Muhammad saw menyuruh kita bercakap benar walaupun ianya pahit manakala bercakap bohong itu adalah ciri-ciri orang minafik (kedua-duanya adalah maksud dari hadith Nabi).

Semasa memberikan ucapan di dalam suatu majlis yang berkaitan dengan intergriti (disiarkan melalui Berita TV semua saluran) Najib ada berkata bahawa rakyat mempunyai persepsi bahawa UMNO/kerajaan berbohong dan menipu rakyat. Akibatnya BN terpukul teruk dalam PRU12 lalu. Justeru beliau berhasrat akan bercakap benar/menjalankan suatu dasar bercakap benar kepada rakyat apabila beliau telah menjadi Perdana Menteri nanti (tidak lama lagi!). Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat (sudah pasti melalui PRU 13-tiga empat tahun dari sekarang).

Tambahnya lagi, beliau akan melakukan 'clean up' UMNO.

Sebelum ini seringkali Najib berkata bahawa kerajaan tidak ada apa yang hendak disorokkan daripada rakyat.. Lantas mengapa sekarang perlu lahirkan hasrat untuk bercakap benar kepada rakyat? (iaitu apabila setelah tampuk kuasa digenggam erat dalam tangan beliau nanti!).

Sebenarnya rakyat tahu malahan sangat tahu bahawa BN selamanya membohongi rakyat. BN sangka rakyat masih bodoh dan tidak tahu apa-apa terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Selepas PRU12 barulah buat-buat sedar bahawa rakyat rupa-rupanya sudah celik mata dan bukan pakturut setia mereka lagi. Malahan di dalam PRK (Permatang Pauh dan Kuala Trengganu) reka cerita memburuk-burukan Pakatan Rakyat dan umpan menyogokkan rakyat oleh UMNO/BN rupa-rupanya sudah tidak berkesan lagi. Lantas hendak ubah strategi lah pulak iya.

BN/UMNO nampaknya sudah sebati/menjadi darah daging dengan amalan menyogok/merasuah. Lihatlah kes-kes yang dikendalikan JK Disiplin UMNO. Terbaru, M Ali Rustam kantoi. Tengoklah muka dia. Sadin aje - boleh senyum lagi. Ada pulak calon Naib Presiden (dari negeri bawah bayu) yang lahirkan rasa simpati kapada Ali Rustam. Ha! itulah dia UMNO. Orang buat salah pun dia simpati tapi orang buat benda yang baik pulak yang dia kutuk.
Di mana salahnya orang/rakyat yang sayangkan Bahasa Melayu lalu berusaha/bergerak berjuang mempertahankan satu-satunya bahasa di dunia yang sama namanya dengan bangsa penutur itu sendiri. Hilang bahasa hilanglah bangsa Melayu! Pejuang-pejuang bahasa ini disembur dengan air ditembak dengan gas pemedih mata-mana dia simpati dari Shafei Afdal? Itulah dia norma/nilai yang diamalkan oleh UMNO/BN. Rakyat kata baik UMNO/BN kata buruk. Yang buruk UMNO/BN hebahkan kepada rakyat sebagai baik. Yang sah UMNO/BN kata batal yang bathil pulak UMNO/BN kata hak -macam di Perak tuu.

Kembali kepada hasrat hati Najib hendak bercakap benar kepada rakyat apabila sudah menjadi PM nanti, ertinya menanti sehingga ke hari itu- Najib selamanya bercakap bohong. Paklah dan kerajaannya bercakap bohong. Nazri Aziz bohong. Hamid Albar bohong. Zahid Hamidi bohong. Ali Rustam bohong. Semuanya bohong belaka.

Hubaya hubaya rakyat Malaysia (terutama pengundi di Bkt Gantang dan Bkt Selambau).

Najib, Abdullah Badawi, Nazri Aziz, etc, BN dan UMNO selama ini bercakap bohong kepada rakyat. Hasrat hati hendak bercakap benar apabila Najib sudah menjadi PM!

Boleh percayakah cakap-cakap yang begini?
Masihkah hendak memberi undi kepada BN lagi ?

Percaya dan yakinlah - membiarkan Najib memegang tampuk kuasa bererti rakyat menyerahkan diri kepada harimau lapar yang terluka. Lihatlah bagaimana Najib membaham rakyat dan khazanah negara.

Saturday, March 14, 2009

Kemelut Politik Perak-nak salahkan siapa?

Kemelut politik Negeri Perak masih berterusan. Sementara menanti penghakimannya di Mahkamah, usaha-usaha politik dan juga perundangan (melalui mahkamah) banyak diikhtiarkan bagi mendapatkan jalan penyelesaiannya. Tatapi keadaan nampaknya semakin kusut bercelaru.

Pelbagai pihak samada yg berkelulusan undang-undang atau yang mengetahui sedikit-sedikit mengenainya melalui pembacaan jernal undang-undang atau yg mereka kutip di surat khabar atau apa-apa yg mereka dapat melalui apa jua media telah banyak memberikan komen terhadap kemelut yang berlaku di negeri yang paling banyak raja itu. Sudah tentulah komen-komen yang diberikan condong ke arah fahaman atau dokongan politik masing-masing. Hanya segelintir sahaja yang telah membuat komen yang benar-benar mengikut disiplin ilmu undang-undang kerana rasa tanggungjawab mereka terhadap ilmu itu sendiri.

Bagi yang memberikan hujjah -JANGANLAH DIPERTIKAIKAN keputusan DYM Sultan Perak sudah pastilah dianggap condong atau memang orang BN manakala yang hujjahnya yang agak berbeda dianggap/dituduh condong atau memang orang-orang Pakatan Rakyat!

DYM Sultan Perak sekarang (bagi yang lain-lain gelarannya ialah Raja seperti Raja Muda, Raja Dihilir, Raja Kecil Besar, Raju Kecil Bongsu dan sejarah telah menunjukkan bahawa jawatan Sultan bagi Negeri Perak dibuat mengikut giliran. Setiap Sultan bagi Negeri Perak akan melalui kedudukan dan giliran - bermula dari Raja Kecil Bongsu membawalah kepada Raja Muda sebelum ditabalkan sebagai Sultan Perak) adalah seorang yang berkelulusan undang-undang. Rakyat Malaysia maklum bahawa Sultan Perak pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara. Sudah pastilah baginda sangat berpengalaman dan mahir dalam bab undang-undang negara dan Common Law. Justeru, baginda tidak mungkin tersilap membuat keputusan mengenai kemelut politik DUN Perak, negeri baginda sendiri.

Atas kapasiti itulah maka ada pihak yang bersungguh-sungguh mempertahankan keputusan-keputusan baginda Sultan kerana yakin dengan ilmu undang-undang dan pengalaman luas (di mahkamah) yang baginda miliki. Mereka menganggap derhaka bagi sesiapa yang mempertikaikannya. Mereka yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak dikatakan sewajarnya dinyahkan saja dari bumi Perak atau di ISA kan segera.


Begitulah juga sebenarnya di dalam bidang-bidang yang lain. Contohnya, apabila seorang doktor pakar menyarankan supaya kaki pengidap penyakit kencing manis kronik yang telah bengkak, luka, berkudis, bernanah, bonyoh dan melanus dipotong segera bagi mengelakkan jangkitan kuman/virus ke bahagian anggota badan pesakit yang lebih atas (mungkin ke paru-paru) maka saranan doktor pakar itu tidak dipertikaikan walaupun ketika itu pesakit telah tidak sedarkan diri dan doktor pakar kata peluang adalah 50-50 sahaja. Pembedahan pun dilakukan untuk membuang bahagian kaki yg telah tidak berguna lagi kepada tuannya sendiri.


Malangnya tidak demikian halnya yang berlaku kepada orang yang pakar dalam bidang keagamaan (Islam). Bukan sekadar pendapat pribadi (atas kapasiti jawatan seperti Mufti) atau Ijma' (Fatwa Mufti-Mufti) mereka tolak dan pertikaikan malahan Mufti dicerca dan diperlekehkan walaupun sebenarnya mereka mempunyai dalil dan nas yang Qat'i ( Alqur'an dan Alhadith serta Ijma' dan Qias).


Jadi, apa bedanya dalam kes kemelut politik di Perak?
Bukankah benar bahawa insan tidak sunyi dari kesilapan dan kesalahan kecuali Rasul (yg ma'sum). Bedanya silap ijtihad ulama' mereka tetap mendapat satu ganjaran pahala dari Allah.
Tidak tahulah pula apabila seseorang hakim tersilap menghukum apakah Allah memberikan juga satu ganjaran pahala kepadanya.


Dalam kaedah 'ilmu fiq, Qadhi tersilap membebaskan pesalah adalah lebih baik dari Qadhi menghukumkan seseorang yang tidak melakukan kesalahan (eg. kerana fitnah atau bukti palsu atau mungkin hakim terpaksa mengikut skrip - correct correct correct-correct!).

Hubaya hubaya umat Islam!

Jangan biarkan selamanya kita meletakkan diri kita di dalam keadaan tidak tahu (jahil). Belajarlah dan timbalah 'ilmu yang memberi manfaat kepada diri kita dan umat Islam. Jangan selamanya kita menjadi seorang pentaqlid buta dan pengikut yang membabi buta samada dalam hal siasah (politik dan pentadbiran) apatahlagi dalam hal-hal keagamaan. Sumber 'ilmu dan sumber maklumat terlalu luas pada masa kini. Jangan biarkan diri diperbodohkan orang-orang politik yang menggunakan kancah politik bagi mendapatkan kuasa untuk mengumpul kekayaan. Mereka menipu dan memperkudakan rakyat hari hari buat selama-lamanya.

Wednesday, March 11, 2009

pemimpin umno kata umno perlu berubah

Selepas bn kalah d 5 buah negeri +wp, ramai pemimpin2 umno kata umno perlu berubah. Bermula dari Najib, Muhyidin sampailah yg bawah2 - semua kata umno perlu berubah kalau hendak terus dpt kuasa dari rakyat. Malangnya tidak seorang pun di kalangan pemimpin2 umno yg dapat jelaskan dengan terang dan mudah difahami oleh akar umbi-apakah dia perubahan yg dimaksudkan itu.

Beberapa bulan dulu Muhyidin desak suruh Pak Lah berhenti. wow! apakah itu perubahan yg dimaksudkan? Kalau itu jawapannya iya, ertinya selepas perhimpunan agong umno nanti bolehlah akar umbi dan rakyat kata umno sekarang telah berubah. Tv dan surat khabar pula bolehlah canangkan dan war warkan bahawa sekarang umno telah berubah jadi rakyat bolehlah terus berikan kuasa kepadanya untuk memerintah!

Kelihatan Pak Lah cuba membuat perubahan2 yg akar umbi dan raktyat maksudkan itu. Menteri Penerangan pun nampaknya cuba2 juga buat perubahan. Sayangnya semua itu tidak mahu menjadi. Mengapa? Jawapannya - pemimpin2 umno memang sebenar-benarnya TIDAK MAHU berubah. Kenapa? Jawapannya, kalau berubah umno akan MAMPUS. Maaf, kalau berubah umno akan lebih parah dalam PRU 13. umno akan menjadi pembangkang di semua DUN dan juga d Parlimen.

umno tidak perlu berubah maksudnya umno boleh lagi memperbodoh-bodohkan rakyat.
umno tidak perlu berubah maksudnya umno boleh lagi menipu rakyat.
umno tidak perlu berubah maksudnya umno boleh lagi kongkong/kawal/cucuk hidung SPR n SPRM.
umno tidak perlu berubah maksudnya umno boleh lagi faraidkan khazanah negara di kalangan sendiri.
umno tidak perlu berubah maksudnya umno boleh terus terusan arahkan Hakim-Hakim supaya jatuhkan hukuman ikut skrip pemimpin2 umno. korek, korek, korek korek korek. he he (maaf TUN Mahathir -ana pinjam lawak bodoh tu)