Telah ditakdirkan orang Melayu mempunyai raja. Sejak Kesultanan Melayu Melaka kekal sehingga hari ini. Setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu mempunyai raja kecuali Melaka dan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Kasihan rakyat Melaka kerana tidak mempunyai raja walhal sejarah Kesultanan Melayu bermula di Negeri Melaka. Dan nampak gayanya selepas ini rakyat Melaka akan kehilangan Ketua Menteri pula.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British, peranan atau fungsi raja telah berubah. Semua raja hanya tinggal sebagai Raja Beperlembagaan sahaja. Lebih parah lagi apabila Tun Dr.Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau telah menghapuskan amuniti raja-raja. Keseluruh negara beliau jajakan keburukan Raja-Raja Melayu. Dengan menggunakan duit rakyat beliau telah mengaibkan Raja-Raja Melayu semata-mata demi kepentingan pribadinya. Sejak itu, selain berjawatan sebagai Perdana Menteri, orang panggil Dr. Mahathir sebagai maha rajah. Kemudian Maha Firaun pula menjadi sangat popular. Panggilan/gelaran itu kemudian hilang/lesap selepas Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Setelah Raja-Raja Melayu dihilangkan amunitinya, ada rakyat yang telah tidak menghormati lagi raja. Sehingga ada yang memanggil 'natang' yang bermaksud binatang kepada raja mereka sendiri..
Namun suatu era perubahan dilihat telah berlaku di kalagan Raja-Raja Melayu. Di Perlis Indera Kayangan, Raja Perlis telah mempamirkan suatu sikap yang amat memeranjatkan pemimpin-pemimpin kanan dan tertinggi UMNO apabila baginda tidak merestui dan tidak mahu lagi Shahidan Kasim terus menjadi Menteri Besar Perlis.
Insiden yang serupa juga berlaku di Trengganu Darul Iman apabila Idris Jusoh gagal menjadi Menteri Besar untuk penggal berikutnya. Sekali lagi pemimpin-pemimpin kanan dan pemimpin tertinggi UMNO tersentak beruk.
Berlainan sedikit apa yang berlaku di Perak Darul Ridhuan. Namun tindakan Sultan Perak itu juga telah menunjukkan atau mempamirkan suatu era perubahan telah berlaku di kalangan Raja-Raja Melayu.
Sebagai orang Melayu, saya amat berbangga kerana kita mempunyai raja (bukan rajah!). Raja merupakan suatu lambang yang amat bermakna bagi orang-orang Melayu. Justeru rakyat Kelantan Darul Naim amat bertuah dan sewajarnya berterima kasih kepada Tuan Guru Hj.Nik A.Aziz kerana dengan kebijaksanaannya beliau TIDAK melaksanakan tindakan menghilangkan amuniti Sultan Kelantan walaupun ketika itu Dr Mahathir dengan ghairahnya melaksanakan pindaan perlembagaan dan dengan rakusnya menghapuskan amuniti Raja-Raja Melayu.
Kembali kepada era perubahan yang sudah berlaku di kalangan Raja-Raja Melayu (sesuai dengan fungsi raja sebagai penaung/pelindung rakyat), alangkah elok dan sangat baiknya sekiranya Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menunjukkan suatu sikap demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia iaitu dengan TIDAK memperkenankan
hasrat Perdana Menteri Dato Sri Hj Abdullah Ahmad Badawi hendak mengundur diri/melepaskan jawatannya. (esok, khamis 2 april 2009).
Seluruh rakyat Malysia (kecuali segelintir sahaja) akan amat berterima kasih dan menjunjung duli kerana sikap dan keprihatinan DYMM Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dalam isu perletakkan jawatan Perdana Menteri yang dibuat kerana DIPAKSA oleh segelintir pemimpin UMNO yang GILA KUASA dan yang akan MABUK KUASA.
Lihatlah siapa DALANG di sebalik isu ini kalau bukan Mahathir Mohammed - manusia yang telah MENGAIBKAN RAJA-RAJA MELAYU dan MENGHILANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU demi GILA nya Mahathir Mohammed kepada KUASA, NAMA dan HARTA.
Daulat Tuanku.
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)